Baru-baru ni tular kisah seorang kanak-kanak yang berubah hormon dijangka akibat ibunya menggunakan essential oil dirumah.

Perkara ini menunjukkan yang essential oil nampaknya sudah digunakan dengan semakin meluas sekarang ni. Dengan semakin banyak pengeluar yang menjual essential oil, maka semakin banyak juga pengguna yang menginginkan kesan therapeutic dari essential oil.

Malangnya..

Hanya sedikit sahaja kelompok yang benar-benar arif dan menggunakan essential oil secara betul. Ini dapat kita lihat dari komentar-komentar serta diskusi mengenai essential oil yang hangat dibicarakan sementara tular isu ini.

Saya akan mengulas pandangan, cadangan, dan nasihat saya atas kapasiti seorang Certified Aromatherapist berdaftar dengan NAHA dan IFPA agar ilmu ini dapat digunakan, disebarkan dan dididik dengan betul dan berhikmah.

1. Essential oil sememangnya boleh mengubah situasi dan faktor kesihatan penggunanya. Atas sebab ini juga, ia boleh memberikan manfaat kesihatan jika digunakan dengan cara yang betul, atau memberikan keburukan kepada kesihatan kita jika digunakan dengan cara yang salah (1).

2. Tidak semua essential oil selamat digunakan menggunakan diffuser. Dengan menitiskan essential oil kedalam diffuser kemudian menghidu udara yang mempunyai bahan kimia terurai daripada essential oil, ia boleh memberikan kesan kepada kesihatan kita. Walaupun essential oil itu asli, sesetengahnya boleh memberikan kesan kepada pesakit asthma seperti sesak nafas, alahan kepada bau dan kulit, perubahan mood dan hormon, serta banyak lagi (2). Kaedah yang paling selamat adalah dengan menggunakan fungsi ‘interval’ pada diffuser, diffuse dikawasan yang mempunyai aliran udara yang baik dan tidak terperangkap, serta diffuse hanya jika perlu. Ambilkira faktor essential oil yang digunakan perlu selamat dengan kanak-kanak, haiwan peliharaan, warga emas, serta mereka yang mempunyai sejarah masalah kesihatan.

3. Essential oil boleh jadi pembantu kita jika digunakan dengan betul, atau racun jika digunakan dengan salah. Sebagai contoh, Wintergreen mempunyai kandungan methyl salicylate yang tinggi. Kandungan ini membuatkan ia berkesan untuk menghilangkan sakit-sakit otot. Methyl Salicylate memang terkandung dalam banyak ubat-ubat tahan sakit secara sapuan (3). Tetapi, kandungan ini jika dimasukkan kedalan mulut, ia boleh menyebabkan penggunanya sawan dalam beberapa kes yang telah terjadi. Contoh lain adalah Eucalyptus yang mempunyai VOC iaitu volatile organic compound apabila kita diffuse (6). VOC ini boleh memberi kesan sampingan kepada penghidap asthma. Namun begitu, kandungan 1,8 cineole yang tinggi dalam Eucalyptus membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan akibat kandungan phlegm (7). Essential oil Lavender dan Rose Otto juga terbukti memberi tidur yang lebih lena kepada kanak-kanak jika digunakan dengan betul (4).

4. Penggunaan essential oil ini perlu persediaan dengan ilmu yang betul dari pihak yang bertauliah. Tidak cukup sekadar pengalaman bertahun-tahun dan perkongsian tanpa bukti kajian mencukupi. Sebaiknya kita faham dan arif dengan usia pengguna, latarbelakang kesihatan pengguna, tujuan pengguna, sebelum kita mencadangkan atau menggunakan mana-mana jenis atau jenama essential oil pun.

5. Penggunaan essential oil didunia sudah bertapak lama dan giat digunakan sejak zaman perang dunia lagi dimana Aromatherapist dipanggil bagi membantu merawat tentera ketika itu (8). Di China, ia digunakan di Hospital TCM mereka (9). Di India, ia digunakan secara meluas melalui kaedah Ayurveda (10). Di Perancis, ia digunakan sejak turun temurun (11). Di beberapa buah negara luar, essential oil digunakan sebagai rawatan di hospital (12). Sudah tentu, mereka sudah mendapat kelulusan dan nasihat daripada aromatherapists bertauliah. Jadi, ia bukanlah satu perkara asing untuk digunakan.

6. Setiap orang baik penjual ataupun pemilik syarikat essential oil harus bertanggungjawab dalam melengkapkan ilmu pengetahuan dalam bidang aromaterapi supaya pengguna mendapat manfaat kesihatan sebenar serta dijauhkan daripada kecederaan akibat menggunakan essential oil. Banyakkan bacaan daripada sumber bacaan yang betul agar kita dapat maklumat yang tepat berkenaan essential oil. Kepada pengguna Ronella, saya sedia memberikan khidmat nasihat dan cadangan secara percuma jika ada yang memerlukan dan hubungi saya. Ini penting agar situasi yang tidak diingini dapat kita elakkan apabila menggunakan essential oil.

Kesimpulannya, essential oil boleh memberi manfaat yang baik jika kita gunakan dengan betul. Namun, ia juga boleh memberikan kesan sampingan yang tidak diingini jika digunakan tanpa ilmu yang tepat. Sama seperti ubat juga. Ia boleh memberikan manfaat kesihatan jika diguna mengikut nasihat pakar bertauliah. Jika kita guna tanpa ilmu, ia boleh mendatangkan penyakit lain pula kepada kita.

Sentiasalah mendapatkan nasihat dan maklumat yang betul semasa kita menggunakan essential oil. Lengkapkan diri kita dengan ilmu yang sebenar agar ia dapat membantu diri kita dan keluarga kita apabila menggunakan essential oil.

Yang asli, organik tak semestinya selamat. Cendawan juga asli lagi organik tetapi ada yang lazat dimakan, ada yang memberi manfaat perubatan, dan ada juga yang beracun bila dimakan. Penting untuk kita mempunyai ilmu sebelum kita memilih cendawan.

Semoga memberi manfaat kepada semua.

Muhammad Ammar

Certified Aromatherapist

Registered with NAHA & IFPA

Sumber rujukan:

  1. https://doi.org/10.1016/j.apjtb.2015.05.007
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6593190/
  3. https://bioticainternational.com/ojs/index.php/biorestoday/article/view/364/281
  4. https://www.mja.com.au/journal/2019/essential-oil-poisoning-calls-increase-children-most-affected
  5. https://ijp.mums.ac.ir › International Journal of Pediatrics
  6. https://link.springer.com/article/10.1007/s11869-018-0606-0
  7. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24831245/
  8. https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S1329936016300888
  9. https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0962456205000135
  10. https://www.researchgate.net/publication/215556697_Concept_and_applicability_of_Aroma_Therapy_and_Herbal_Cosmetology_in_Ayurveda_Research_issues_and_challenges
  11. https://www.alliance-aromatherapists.org/aromatherapy
  12. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5742427/